Pembelajaran penemuan adalah pendekatan pembelajaran berasaskan inkuiri (teori pembelajaran konstruktivis) yang berlaku dalam situasi penyelesaian masalah dimana pelajar mengarap pengetahuan / pengalaman lalu dengan pengetahuan semasa untuk menemui fakta, hubungkait dan mempelajari pengetahuan baru, yakni pelajar memikirkan sendiri jawapan atau penyelesaian kepada permasalahan.
Antara kaedah pembelajaran yang boleh dikategorikan dalam pendekatan ini ialah Simulasi, main peranan dan permainan. Ketiga-tiga kaedah ini merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu guru menerokai isu nilai dan interpersonal dalam pengajaran. Kaedah ini memerlukan penglibatan aktif pelajar dan pada kebiasaannya melibatkan bilangan pelajar yang kecil dan dalam masa yang terhad diantara 5 hingga 20 minit.
Sebagai tugasan kumpulan anda dikehendaki menghasilkan satu scenario simulasi atau main peranan yang boleh digunakan dalam kelas anda. Antara kriteria penilaian yang digunakan bagi tugasan berkenaan ialah:
- Wujud satu situasi genting (tension) yang memerlukan satu penyelesaian atau perbincangan.
- Kenalpasti watak-watak yang terlibat, yakni perjelaskan peranan atau karektor watak dalam scenario anda.
- Penyataan matlamat akhir atau masalah yang perlu diselesaikan atau dibincangkan
- Nyatakan nilai-nilai ataupun contoh atau teladan yang ingin dipupuk atau diterapkan dikalangan pelajar anda.
Sila baca nota kaedah penemuan